Monday, April 27, 2009

Sekitar Wacana "Wajarkah MP/Adun Lompat Parti?"


Wacana 'Wajarkah MP/Adun Lompat Parti" yang dianjurkan pada 24 April lalu menarik minat ahli-ahli JOM untuk hadir mendengarnya. Tarikannya sudah pasti isu moral atau keabsahan isu lompat atau berhijrah yang banyak diperkatakan dalam arena politik negara.


Wacana yang dianjurkan oleh Jawatankuasa SAKSI Jamaah Islah Malaysia(JIM) ini menjemput beberapa ahli panel antaranya MP YB Hjh Fuziah Saleh daripada Parti Keadilan Rakyat(PKR) iaitu orang yang terlibat secara langsung dalam rundingan lompat parti 16 September 2008 lalu. Seterusnya Hj Zaid Kamarudin iaitu Presiden JIM dan pakar perundangan perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari. Malang sekali wakil UMNO yang dijemput tidak menghadirkan diri, walaupun dimaklumkan sudah bertukar beberapa orang wakil.

Moga wacana minda seperti ini dapat dihadiri lagi oleh ahli JOM agar perspektif orang muda terhadap politik negara dapat berkembang dengan sihat.