Sunday, July 26, 2009

Kenyataan PACE berkenaan Pertemuan Menteri Pertahanan Malaysia dan Ehud Barak


Pertemuan antara menteri Pertahanan Malaysia dengan Menteri Pertahanan
Israel merupakan satu lagi gurisan hati terhadap para pejuang keamanan
dan pembebasan Palestin secara khusus dan para pencinta keamanan
seluruh dunia. Israel yang terkenal dengan sifat kejam dan tidak
berperikemanusiaan adalah satu entiti haram yang diwujudkan di atas
tanah Palestin yang dirampas.

Sudah tentu pertemuan Menteri Pertahanan Malaysia yang beragama Islam
dan Agama rasmi adalah juga agama Islam menggambarkan
ketidaksensitifan dipihak menteri tersebut terhadap penderitaan rakyat
Palestin yang berjuang selama lebih 60 tahun membebaskan tanahair
mereka dari penjajah kejam zaman moden iaitu rejim haram Israel.

Selama 60 tahun Israel telah menunjukkan sikapnya yang sombong dan
mengetepikan kesemua resolusi antarabangsa yang mahukan rejim ganas
itu berundur dari wilayah Palestin yang diduduki. Malangnya bukan
setakat tidak mengendahkan saranan antarabangsa malah mereka terus
menerus membunuh rakyat Palestin yang bangun menentang pendudukan
haram Israel. Lantas langkah Menteri Pertahanan Malaysia bertemu
dengan Ehud Barak tidak akan mendatangkan sebarang manfaat kepada
perjuangan umat Islam Palestin sebaliknya akan mengundang mudarat yang
lebih besar kepada umat islam di Palestin. Ini kerana pertemuan
ringkas ini akan dieskploitasikan habis-habisan oleh media barat yang
pro Israel yang menggambarkan kesediaan sebuah Negara umat Islam
seperti Malaysia melakukan hubungan dua hala. Ini akan dijadikan
‘lesen’ untuk bertindak lebih kejam ke atas umat Islam di Palestin.

Perjuangan membebaskan bumi Palestin menuntut solidarity umat Islam
seluruh dunia. Bagaimanapun pertemuan Menteri Pertahanan Malaysia ini
seperti bergerak kebelakang dan memecahkan kesatuan ummat yang cuba
dibina bukan sahaja oleh masyarakt Islam tetapi juga seluruh
masyarakat dunia. Seluruh dunia mengutuk kekejaman Israel ke atas
rakyat Palestin sejak 60 tahun lalu tetapi apa yang dilakukan oleh
menteri Malaysia ini seperti menggadai prinsip keadilan sejagat apatah
lagi dirinya sebagai seorang Islam yang menuntut lebih daripada itu
iaitu persaudaraan Islam.

PACE mengutuk sekeras kerasnya tindakan Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi
bertemu dengan Menteri Pertahanan Rejim Haram Israel atas alas an apa
sekalipun. Perkara seperti ini tidak sepatunnya berlaku dan beliau
wajib meminta maaf kepada para pejuang keamanan diseluruh dunia dan
secara khusus kepada rakyat Palestin yang ditindas.

PACE
(Pusat Kecemerlangan Palestin)
http://www.pacemalaysia.net/
24 julai 2009
Kuala Lumpur

JOM sokong Perhimpunan Aman Mansuh ISA 1 Ogos 2009

Jalinan Orang Muda (JOM) menyokong usaha memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah terbukti seringkali disalahgunakan. Akta ini sewajarnya dimansuhkan kerana menyalahi hak asasi manusia serta melanggar had hukum dalam Islam.

JOM mengajak semua rakyat Malaysia yang bencikan kezaliman dan penindasan untuk hadir beramai-ramai ke Perhimpunan Aman Mansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009 ini di Kuala Lumpur.

Ahli-ahli JOM akan bersama-sama menyertai perhimpunan ini sebagai soladiriti anak muda yang cintakan kebenaran dan keadilan di bumi Malaysia yang tercinta.



Tuesday, July 21, 2009

Pengerusi JOM Diundang Menjadi Panel Konvensyen Graduan Nasional

Pengerusi Jalinan Orang Muda, Sdra Abu Zar Azme telah diundang selaku salah seorang panel penceramah bagi program Konvensyen Graduan Nasional 2009 pada 25 Julai 2009. Ahli-ahli JOM yang berkelapangan dijemput sama menghadiri sesi beliau.

Monday, April 27, 2009

Sekitar Wacana "Wajarkah MP/Adun Lompat Parti?"


Wacana 'Wajarkah MP/Adun Lompat Parti" yang dianjurkan pada 24 April lalu menarik minat ahli-ahli JOM untuk hadir mendengarnya. Tarikannya sudah pasti isu moral atau keabsahan isu lompat atau berhijrah yang banyak diperkatakan dalam arena politik negara.


Wacana yang dianjurkan oleh Jawatankuasa SAKSI Jamaah Islah Malaysia(JIM) ini menjemput beberapa ahli panel antaranya MP YB Hjh Fuziah Saleh daripada Parti Keadilan Rakyat(PKR) iaitu orang yang terlibat secara langsung dalam rundingan lompat parti 16 September 2008 lalu. Seterusnya Hj Zaid Kamarudin iaitu Presiden JIM dan pakar perundangan perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari. Malang sekali wakil UMNO yang dijemput tidak menghadirkan diri, walaupun dimaklumkan sudah bertukar beberapa orang wakil.

Moga wacana minda seperti ini dapat dihadiri lagi oleh ahli JOM agar perspektif orang muda terhadap politik negara dapat berkembang dengan sihat.

Monday, February 9, 2009

JOM Daftar

Soal kepimpinan adalah sesuatu yang diambil berat di dalam Islam.Maka kepimpinan juga berkait rapat dengan sistem politik Islam yang berasaskan kepada prinsip-prinsip Hakimiyyah Ilahiyyah (kuasa pengadilan dan kedaulatan), Risalah (mesej) dan Khilafah (perwakilan kepimpinan)

Melihat kepada senario politik negara yang terus dicemari sikap dan tindakan yang merugikan masa depan generasi akan datang, lantaran penyalahgunaan kuasa dan pertimbangan,
maka
adalah PENTING untuk generasi muda atau lebih dikenali Gen-Y untuk sama mengambil bahagian menentukan halatuju kepimpinan negara mulai dari HARI INI.




Di Malaysia, proses kepimpinan dilaksanakan melalui sistem Demokrasi. Selaras itu, maka AMAT WAJAR untuk setiap orang muda atau Gen -Y yang telah mencukupi syarat untuk WAJIB mengambil bahagian dalam proses kepimpinan negara melalui mendaftar sebagai pengundi.

Sila bertindak sekarang atau kita akan kehilangan masa depan yang kita impikan. JOM Daftar

Sumber Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) http://www.spr.gov.my/index/pendaftaran.htm


APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PENDAFTARAN PEMILIH ?


Pendaftaran Pemilih sebagaimana yang ditetapkan oleh undang-undang, membolehkan warganegara Malaysia yang layak mendaftar sebagai pemilih. Di samping itu ia membolehkan Pemilih Berdaftar yang sudah bertukar alamat mendaftar di alamat baru. Pemilih juga digalakkan untuk menyemak nama mereka dalam Daftar Pemilih yang sudah disahkan.

KENAPA ANDA PERLU MENDAFTAR ?


Untuk mendapat hak anda mengundi dalam pilihan raya serta menggunakan hak anda sebagai seorang warganegara.

SIAPA YANG LAYAK MENJADI PEMILIH ?


Warganegara Malaysia;
Sudah mencapai umur 21 tahun;
Menetap di mana-mana Bahagian Pilihan Raya di Malaysia; dan
Tidak hilang kelayakan.

BAGAIMANA UNTUK MENDAFTAR ?


Pergi sendiri ke Pusat Pendaftaran;
Bawa bersama Kad Peng
enalan anda;
Pastikan Borang A diisi dengan betul oleh petugas sebelum anda menandatangani borang; dan
Simpan satu salinan borang berkenaan sebagai bukti pendaftaran anda.

DI MANA BOLEH MENDAFTAR ?


Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
ATAU
Pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri
ATAU
Semua Pejabat Pos Berkomputer di seluruh negara;
Unit bergerak Suruhanjaya;
DAN
Tempat-tempat lain yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya sebagai Pusat Pendaftaran.


TEMPOH URUSAN PENDAFTARAN PEMILIH


Anda boleh mendaftar pada waktu pejabat di sepanjang tahun.

MAKLUMAT PENTING SEMASA MENGISI BORANG PENDAFTARAN (BORANG A)


1) Nama pemohon mestilah diisi seperti yang tercatat di dalam Kad Pengenalan. Sila gunakan HURUF BESAR.

2) Sila berikan maklumat lengkap mengenai Kad Pengenalan anda:

2.1) Nombor K/P baru anda (12 angka)
2.2)
Nombor K/P lama anda (8 angka)

3) Jika pemohon tidak mempunyai nombor K/P lama, sila isi "TIADA" di dalam ruang yang disediakan.

4) Alamat pemohon mestilah di tempat penginapan di mana dia boleh dihubungi dengan surat (sila nyatakan nombor poskod).

5) Sila nyatakan dalam borang sama ada pendaftaran baru atau pendaftaran tukar alamat.

6) Sila pastikan anda menerima satu salinan borang pendaftaran sebagai bukti anda sudah mendaftar.


BAGAIMANA HENDAK MENYEMAK STATUS PENDAFTARAN ANDA ?


Seseorang pemilih berdaftar boleh menyemak status pendaftaran melalui cara-cara berikut:
1) telefon Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya atau Pejabat Pilihan Raya Negeri dan berikan nama dan nombor K/P anda;
2) melalui internet di www.spr.gov.my;

Melalui semakan itu, pemilih akan memperoleh maklumat-maklumat berikut:
Nama: nombor K/P (baru dan lama; jika ada);
Bahagian pilihan raya Parlimen dan Negeri, daerah mengundi dan lokaliti.

SEMAKAN DAFTAR PEMILIH SECARA 'ON-LINE'

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di :
http://www.spr.gov.my
atau
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
Aras 4-5 Blok C7
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62690 Putrajaya
Tel : 03-88856500

Tuesday, January 27, 2009

Aktivis JOM takluki Bukit Tabuh



Seramai 45 orang ahli perintis JOM telah membuktikan bahawa kesibukan kerjaya dan keluarga selepas tamat pengajian tidak menghalang mereka untuk mendaki Bukit Tabuh di Taman Melawati pada 21 Januari '09 yang lalu.

Program yang dinamakan XPDC Bukit Tabuh 2009 dianjurkan oleh unit Outdoor JOM dengan kerjasama World Assembly of Muslim Youth (WAMY).

Ekspedisi ini yang turut dianggap sebagai reunion kepada bekas aktivis mahasiswa dalam dan luar negara. Dengan mengambil spirit "Memperkasakan Belia", ekspedisi ini bermatlamat menjadi pemangkin kepada para aktivis JOM ini untuk memberi sumbangan yang lebih bermakna untuk masyarakat.

(Gambar atas : Ahli wanita JOM bersiap sedia di kaki bukit)

(gambar atas) pendakian bermula. Lihat betapa rileksnya Sdra Haziki tersenyum


(gambar atas) Dari kiri : Sdra Zakrul, Sdra Fadhli, Sdra Qayyim dan Sdra Faizin

(gambar atas) Ahli JOM bergambar di kaki bukit selepas pekena nasi ayam

(gambar atas) Iron ladies, walaupun ada yang sudah beranak dua.

Yang uniknya, nurseri disediakan untuk menempatkan anak-anak kepada peserta yang telah berkeluarga. Ini adalah komitmen JOM yang mahukan semua aktivis belia dapat bersama dalam apa-apa program tanpa dibataskan kerana kekangan menjaga anak. Belia lelaki dan wanita adalah sama-sama penting untuk berganding bahu bekerja dalam masyarakat. Sedar tak sedar, ada 9 orang anak kecil rupanya ahli-ahli JOM ni, walaupun majoriti masih lagi bujang.

(gambar atas) Peserta wanita yang kental

(gambar atas) sesi muhasabah di gigi air sungai Klang

Friday, January 23, 2009

Forum tanda solidariti belia untuk Palestin

(gambar atas) Ahli panel dari kiri : Dr Hafidzi, Mr Rajen, Ms Raiyan, Mr Ramadhan

Forum "Truce Traitor: Hamas or Israel" yang bersama dianjurkan oleh JOM, Y4C, Gabungan Anti Perang, KLSCAH Youth Section dan Suaram baru-baru ini menjadi tanda awal muafakat dan solidariti NGO belia di Kuala Lumpur/Selangor terhadap isu perjuangan pembebasan rakyat Palestin.

Keperihatinan pimpinan semua pihak pengajur membolehkan forum ini diadakan dengan jayanya dengan berhasilnya satu kefahaman yang kolektif terhadap salah satu krisis penindasan dan pencabulan hak asasi manusia yang terdahsyat dan terpanjang dalam sejarah dunia.


Para ahli panel bermula dengan En Rajen Devaraj, seorang aktivis hak asasi menyatakan isu Palestin ini bukan merupakan isu orang Islam sahaja malah merupakan isu seluruh masyarakat dunia. Beliau juga menerangkan konsep Zionist dan bangsa Yahudi, malah menekankan fahaman Zionist ini harus ditentang habis-habisan.

Saudara Ramadhan, yang mewakili Y4C dengan penuh bersemangat menerangkan setiap pencabulan Zionist Israel terhadap Palestin sejak 60 tahun lalu.

Dr Hafidzi Md Noor, Pengarah Palestine Center of Excellence (PACE), sebuah institut pemikir Jamaah Islah Malaysia(JIM) pula membawa hadirin untuk sama memberikan sumbangan kepada usaha pembebasan Palestin samada usaha secara individu ataupun secara kolektif. Menurut beliau sekiranya usaha boikot dikatakan tidak berbaloi, anggaplah ia merupakan satu tanda solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin.

(gambar atas) dari kiri : See Tho (Y4C), Zul H (JOM), Moon Hoi (Suaram), Urwah (JOM), Nahdia (JOM)


Pihak JOM ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada hadirin dan para penganjur bersama forum ini. Semoga Zionist ini akan runtuh dan musnah selama-lamanya seperti jatuhnya Apartheid dan Nazi suatu masa dahulu.

Projek seterusnya. "Human Rights Training on Palestine Issue"