Friday, January 23, 2009

Forum tanda solidariti belia untuk Palestin

(gambar atas) Ahli panel dari kiri : Dr Hafidzi, Mr Rajen, Ms Raiyan, Mr Ramadhan

Forum "Truce Traitor: Hamas or Israel" yang bersama dianjurkan oleh JOM, Y4C, Gabungan Anti Perang, KLSCAH Youth Section dan Suaram baru-baru ini menjadi tanda awal muafakat dan solidariti NGO belia di Kuala Lumpur/Selangor terhadap isu perjuangan pembebasan rakyat Palestin.

Keperihatinan pimpinan semua pihak pengajur membolehkan forum ini diadakan dengan jayanya dengan berhasilnya satu kefahaman yang kolektif terhadap salah satu krisis penindasan dan pencabulan hak asasi manusia yang terdahsyat dan terpanjang dalam sejarah dunia.


Para ahli panel bermula dengan En Rajen Devaraj, seorang aktivis hak asasi menyatakan isu Palestin ini bukan merupakan isu orang Islam sahaja malah merupakan isu seluruh masyarakat dunia. Beliau juga menerangkan konsep Zionist dan bangsa Yahudi, malah menekankan fahaman Zionist ini harus ditentang habis-habisan.

Saudara Ramadhan, yang mewakili Y4C dengan penuh bersemangat menerangkan setiap pencabulan Zionist Israel terhadap Palestin sejak 60 tahun lalu.

Dr Hafidzi Md Noor, Pengarah Palestine Center of Excellence (PACE), sebuah institut pemikir Jamaah Islah Malaysia(JIM) pula membawa hadirin untuk sama memberikan sumbangan kepada usaha pembebasan Palestin samada usaha secara individu ataupun secara kolektif. Menurut beliau sekiranya usaha boikot dikatakan tidak berbaloi, anggaplah ia merupakan satu tanda solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin.

(gambar atas) dari kiri : See Tho (Y4C), Zul H (JOM), Moon Hoi (Suaram), Urwah (JOM), Nahdia (JOM)


Pihak JOM ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada hadirin dan para penganjur bersama forum ini. Semoga Zionist ini akan runtuh dan musnah selama-lamanya seperti jatuhnya Apartheid dan Nazi suatu masa dahulu.

Projek seterusnya. "Human Rights Training on Palestine Issue"

No comments:

Post a Comment