Tuesday, January 27, 2009

Aktivis JOM takluki Bukit Tabuh



Seramai 45 orang ahli perintis JOM telah membuktikan bahawa kesibukan kerjaya dan keluarga selepas tamat pengajian tidak menghalang mereka untuk mendaki Bukit Tabuh di Taman Melawati pada 21 Januari '09 yang lalu.

Program yang dinamakan XPDC Bukit Tabuh 2009 dianjurkan oleh unit Outdoor JOM dengan kerjasama World Assembly of Muslim Youth (WAMY).

Ekspedisi ini yang turut dianggap sebagai reunion kepada bekas aktivis mahasiswa dalam dan luar negara. Dengan mengambil spirit "Memperkasakan Belia", ekspedisi ini bermatlamat menjadi pemangkin kepada para aktivis JOM ini untuk memberi sumbangan yang lebih bermakna untuk masyarakat.

(Gambar atas : Ahli wanita JOM bersiap sedia di kaki bukit)

(gambar atas) pendakian bermula. Lihat betapa rileksnya Sdra Haziki tersenyum


(gambar atas) Dari kiri : Sdra Zakrul, Sdra Fadhli, Sdra Qayyim dan Sdra Faizin

(gambar atas) Ahli JOM bergambar di kaki bukit selepas pekena nasi ayam

(gambar atas) Iron ladies, walaupun ada yang sudah beranak dua.

Yang uniknya, nurseri disediakan untuk menempatkan anak-anak kepada peserta yang telah berkeluarga. Ini adalah komitmen JOM yang mahukan semua aktivis belia dapat bersama dalam apa-apa program tanpa dibataskan kerana kekangan menjaga anak. Belia lelaki dan wanita adalah sama-sama penting untuk berganding bahu bekerja dalam masyarakat. Sedar tak sedar, ada 9 orang anak kecil rupanya ahli-ahli JOM ni, walaupun majoriti masih lagi bujang.

(gambar atas) Peserta wanita yang kental

(gambar atas) sesi muhasabah di gigi air sungai Klang

Friday, January 23, 2009

Forum tanda solidariti belia untuk Palestin

(gambar atas) Ahli panel dari kiri : Dr Hafidzi, Mr Rajen, Ms Raiyan, Mr Ramadhan

Forum "Truce Traitor: Hamas or Israel" yang bersama dianjurkan oleh JOM, Y4C, Gabungan Anti Perang, KLSCAH Youth Section dan Suaram baru-baru ini menjadi tanda awal muafakat dan solidariti NGO belia di Kuala Lumpur/Selangor terhadap isu perjuangan pembebasan rakyat Palestin.

Keperihatinan pimpinan semua pihak pengajur membolehkan forum ini diadakan dengan jayanya dengan berhasilnya satu kefahaman yang kolektif terhadap salah satu krisis penindasan dan pencabulan hak asasi manusia yang terdahsyat dan terpanjang dalam sejarah dunia.


Para ahli panel bermula dengan En Rajen Devaraj, seorang aktivis hak asasi menyatakan isu Palestin ini bukan merupakan isu orang Islam sahaja malah merupakan isu seluruh masyarakat dunia. Beliau juga menerangkan konsep Zionist dan bangsa Yahudi, malah menekankan fahaman Zionist ini harus ditentang habis-habisan.

Saudara Ramadhan, yang mewakili Y4C dengan penuh bersemangat menerangkan setiap pencabulan Zionist Israel terhadap Palestin sejak 60 tahun lalu.

Dr Hafidzi Md Noor, Pengarah Palestine Center of Excellence (PACE), sebuah institut pemikir Jamaah Islah Malaysia(JIM) pula membawa hadirin untuk sama memberikan sumbangan kepada usaha pembebasan Palestin samada usaha secara individu ataupun secara kolektif. Menurut beliau sekiranya usaha boikot dikatakan tidak berbaloi, anggaplah ia merupakan satu tanda solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin.

(gambar atas) dari kiri : See Tho (Y4C), Zul H (JOM), Moon Hoi (Suaram), Urwah (JOM), Nahdia (JOM)


Pihak JOM ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada hadirin dan para penganjur bersama forum ini. Semoga Zionist ini akan runtuh dan musnah selama-lamanya seperti jatuhnya Apartheid dan Nazi suatu masa dahulu.

Projek seterusnya. "Human Rights Training on Palestine Issue"

Sunday, January 18, 2009

Public Forum "Truce Traitor: Hamas or Israel?"


Jalinan Orang Muda (JOM) will be collaborating with Youth for Change (Y4C), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Gabungan Anti-Perang and Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) Youth Section

to conduct a forum of "Truce Traitor: Hamas or Israel?" this 21st January 2008 (Wednesday), 8.30pm at Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall, with Malaysian youths and young professionals as the target audience. Unorthodox issues and viewpoints will be deliberated, such as whether:


1) Hamas creates the whole mess (and therefore the Palestinians should just blame themselves)

2) Protests by Muslims are much driven by rage rather than reason (and thus the championship of Palestinian cause is overrated because Muslims use it solely for their own political mileage, when they themselves never get rid of siege-mentality in blaming others for their own problems)

3) The call for boycotting American goods is cheap, since much of our lives depend on how we deal with the superpower and we are shooting at our own feet if we are to abandon their products and services.

The organizers will bring forth MR. Rajen Devaraj, a human rights activist who will provide a historical backdrop to understanding the fundamental issues in relation to the Israeli/Palestinian conflict. Without an understanding of history, it is difficult to take the correct line to learn from Palestin-Israel war.


Ramadhan Fitri Ellias from Youth for Change who's graduated from Universiti Malaya and holds Master Degree from UIA to speak on the issue from youth perspective. He's formerly the President of Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya and Persatuan Mahasiswa Islam Unversiti Malaya.

The widely known Palestine-Israel conflict expert, Dr Hafidzi Md Noor who is the Director of Palestine Center of Excellence (PACE) will uncover critical yet refreshing analysis and findings on the crisis amidst diverging public opinion on Hamas resistance to the Israeli occupation.

It is the joint ambition of JIM, Y4C, SUARAM, Gabungan Anti-Perang and KLSCAH Youth Section to encourage mutual exchanges of different viewpoints through meaningful dialogue that seek to give every young Malaysians awareness, hope and strength to make a difference by upholding universal values of peace and justice endeared by Muslims and non-Muslims alike.

Monday, January 5, 2009

Publisiti (1)


Ikuti blog ini untuk aktiviti-aktiviti yang sedang kami rancangkan....tunggguuuuu

Siapa Kami

Jalinan Orang Muda atau JOM ditubuhkan oleh anak-anak muda yang ingin melihat perubahan positif dipimpin oleh generasi muda dalam lingkungan umur 24 hingga 35 tahun. Orang muda yang yang dikategorikan sebagai Generasi Y merupakan sasaran JOM. Menurut wikipedia, Generasi Y ditakrifkan sebagai

"Generation Y, sometimes referred to as "Millennials"or "Net Generation" is the group of people born anywhere between the second half of the 1970's and anywhere from the mid 1990s to around the year 2000, depending on the source"

Antara matlamat JOM ialah memberikan ruang kepada anak muda untuk memimpin agenda dan cita-cita perubahan terhadap masyarakat. JOM merupakan satu platform orang muda daripada orang muda untuk orang muda.

JOM akan bersama generasi muda untuk berdiri sendiri dari segi prinsip kehidupan dan pandangan terhadap isu, masyarakat, negara dan dunia. Aspek pendidikan merupakan asas utama, disamping keperluan-keperluan lain yang menjadi ciri-ciri orang muda.